Tips Untuk Memohon Kerja bagi Fresh Grad

Tips Untuk Memohon Kerja 
Tak dinafikan, makin susah nak cari kerja zaman sekarang ni. Majikan pula ada cara yang berbeza untuk memilih pekerja baru bagi memastikan pilihan mereka adalah tepat dan memberi peluang yang bagus untuk kedua dua pihak. Haaa... Dee nak share kat korang beberapa tips yang berkesan pada Dee masa awal-awal Dee minta kerja sebelum ni.

#1 Penggunaan email yang betul

Kalau korang nak apply untuk kerja, jangan pula guna nama email yang pelik, gelaran macam-macam tapi sebaik-baiknya menggunakan nama korang sendiri supaya nampak lebih profesional dan menunjukkan identiti korang sendiri . Bagi Dee, sangat penting untuk consider tentang penggunaan email ni. Orang kata first impression, hint bagi majikan sebelum dia nak buka emel dan baca content resume kita dan sebagainya. Takkan kita nak guna email sikebayamerah@gmail.com ke, matcomel ke untuk tujuan kerja nanti? Hee...jangan macamtu ya kawan-kawan.

Pastikan korang guna nama sendiri , tak letak nama penuh pun tak apa asalkan nama sebenar korang lah kan untuk email sebelum nak apply kerja, contohnya SaidahAfirah@gmail.com

#2 Buat Research sebelum Memohon kerja

Ini paling penting! Korang kena research dulu tentang mana-mana company yang korang nak apply dari segi latarbelakang company, lokasi, review dari pekerja(certain site yang ada review tentang company) kemudahan public transport , gaji , skop kerja , mudah ke tak untuk korang ulang alik pergi kerja dan lain-lain aspek . Sebab apa? Kalau terlepas pandang, korang juga yang ada masalah nanti. Sekarang ni macam-macam isu kat Malaysia ni. Company scammer lah, majikan garang lah , company tak kukuh lah, jauh dari tempat kerja, dan macam macam lagi yang mungkin tak ngam dengan apa yang kita nak untuk kerja.

Dee tau korang semua bijak buat pilihan. :) Jadi, kaji betul-betul. Baru korang boleh proceed untuk apply mana-mana company yang korang inginkan. Jangan main bedal minta kerja tanpa tahu asal usul , latar belakang company ya.

#3 Format email, Resume dan lain-lain dokumen

Contoh Permohonan kerja yang Dee buat

Seterusnya, untuk email resume dan dokumen lain yang diperlukan oleh mana-mana company, pastikan subject email dinyatakan dengan baik. Contohnya Dee punya stail, Dee letak nama dan nyatakan jawatan yang Dee nak apply.  Menggunakan greeting yang betul dan nyatakan permohonan kita secara ringkas,jelas dan tepat untuk majikan supaya memudahkan untuk mereka menilai. Sebab mereka nak tengok resume dan portfolio kita. Pastikan korang baca sekali lagi apa yang dah ditulis. Dari segi ejaan, grammar, dan dokumen resume/portfolio yang korang sertakan juga perlu check ,kang takut terletak file yang salah. Habis nanti. Ha, namakan file pdf yang dihantar tu betul2 juga tau. Jangan letak nama "resume terakhir" or apa-apa nama pelik. Finalize kan nama file pdf korang dengan betul.

#4 Persiapan sebelum dan ketika temuduga 

Korang kena prepare dan ambil inisiatif untuk kenalpasti soalan yang selalu ditanya supaya korang boleh jawab dengan yakin tanpa was-was. Semua dihujung jari, korang boleh dapatkan maklumat dengan mudah. Tanya juga pada rakan-rakan yang dah bekerja, pengalaman dorang masa nak minta kerja dulu macamana, mungkin membantu korang untuk kurangkan rasa nervous tu nanti. Sediakan awal-awal resume, portfolio, dokumen atau bawa laptop jika perlu dan apa-apa yang company minta waktu temuduga nanti.

Masa temuduga, pastikan berpakaian kemas, sedia dan yakin untuk ditemuduga. Paling penting, jadi diri sendiri. Jangan tipu mereka. Kalau ada apa-apa kekurangan , atau kita tak ada skill mana-mana bidang yang mereka tanya , jawab dengan jujur. jangan kata boleh , sedangkan kita tak tahu apa-apa. Lebih baik jujur daripada menipu demi mendapatkan jawatan yang diinginkan. Simple kan?

 #5 Portfolio

Contoh Portfolio Melalui Wix
  Selain resume, ada certain majikan perlukan portfolio kita untuk go through skill kita okay ke tak, sesuai untuk jawatan yang dipohon. Lebih-lebih lagi kerja yang dalam bidang seni seperti grafik. Sekarang ada banyak platform yang membantu kita untuk share portfolio. Dee memang buat dekat wix je so senang Dee upload artwork2 sebelum ni. So ni kira sebelum dapat interview kerja, advantage untuk korang yang ada social media / website yang mempunyai portfolio secara online. Korang boleh selitkan sekali link, nama akaun social media korang pada mereka. Haa. kot kot la lebih cepat dapat sebab majikan nampak kebolehan dan bakat korang tu nanti.

#6 Skills



Alang-alang sesiapa yang masih menganggur tu, sebenarnya korang ada banyak masa untuk betulkan balik resume, portfolio dan asah balik skill korang. Contoh kalau dalam bidang art, Dee asah balik skill Dee pada drawing dan design. Experiment gituw ha, takut skill sedia ada hilang. Ya lah, duk terperap lama tak buat pape lama-lama karat skill tu. Depend pada bakat dan skill masing-masing. Sementara tunggu jawapan dari pihak majikan, lepas interview tu ke, boleh la buat apa-apa kerja untuk improve skill kita nanti.

#7 Job fair , Mega Career Fair



Jangan lupa, up-to-date dengan tarikh dan lokasi pameran kerjaya yang dianjurkan. Career fair ni memang tiap-tiap tahun diadakan , rebut peluang ni selagi korang ada masa untuk explore mana company yang berpotensi untuk korang apply kerja. Info pasal event ni pun diwar-warkan melalui laman web mereka, social media, billboard. Banyak sebenarnya platform untuk apply kerja kat zaman sekarang yang serba canggih semua dihujung jari. Wuish! Hebat! So, kalau korang masatu berminat, bawa lah dokumen yang diperlukan masa pergi career fair tu nanti dan pastikan berpakaian kemas, segak.

Goodluck ya semua. Selagi kita tak cuba, kita tak tahu akan dapat atau tak kerja yang kita nak. Walaupun cabaran dan saingan dalam pekerjaan makin tinggi, bukan penghalang untuk kita terus mencuba. Dee doakan kawan-kawan semua dapat kerja yang baik. Amin.



Comments

Popular posts from this blog

Bunian?

Selamat Datang Ke DeeCherita !