Bunian?
Assalamualaikum. Korang pernah dengar tentang bunian? Pernah nampak? Saya pun kurang pasti tentang bunian tu macam mana, tapi izinkan saya berkongsi cerita pengalaman saya .Susah untuk saya jelaskan apa yang saya pernah alami sebelum ni waktu saya terlibat dalam kem Teambonding antara JPK di Jempol, Negeri Sembilan.
Waktu tu saya join kem ni masa saya juga JPK di kolej Dang Anum. Alhamdulillah berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti bonding2 dengan senior junior ni antara dak Anum. Tapi saya memang takut sebenarnya, sebab saya dilarang oleh abah untuk join apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan hutan memandangkan saya boleh nampak pelik2 ni.
Dipendekkan cerita, lepas buat beberapa aktiviti dekat kem ni, ada aktiviti jungle trekking pada jam 3 pagi. Saya rasa gementar, takut sebab tak pernah join pun sebelum2 ni. Jadi saya maklumkan awal-awal pada fasi yang saya boleh nampak. Saya ingatkan dorang bagi saya beratur di belakang ke atau tengah-tengah. Tapi mereka bagi saya beratur paling depan sekali. Aduhai, lagilah menggigil menggeletar lutut ni. Kami beratur sebaris panjang. Fasi ni pun bawa lah kami semua masuk hutan, dan abang tu cakap, sini ada sempadan bunian. Kawan-kawan yang lain tak tahu pun apa yang saya boleh nampak.
Dimulakan dengan lafaz bismillah, fasi masuk dulu dalam hutan diikuti dengan saya dan sebaris kawan-kawan yang lain. Gelap, saya memang masalah sikit kalau gelap ni. Langsung nampak gelap, padahal ada cerah sikit. Jenuh raba-raba nak pegang pokok untuk naik sikit demi sikit. Sampai saja kat dalam hutan, macam tengah-tengah kot rasanya, nampak air terjun. Jadi ustaz, abang dan kakak fasi suruh kami semua duduk sebaris, diam jangan cakap sepatah pun. Pejam mata dan nikmati apa yang kami dengar dalam hutan tu. Dorang semua pejam mata, tapi saya pejam mata sekejap je. Sebab tertarik dengan suara orang berzikir. Ada bunyi "hmmmm" dalam alunan yang indah. Saya buka mata perlahan-lahan, pandang kiri dan keatas sikit, subhanallah. Lawa pondok atas pokok tu. Bukan rendah tau, tapi kat atas sana, tinggi. Saya tak tau nak gambarkan macamana, tapi itulah yang saya nampak. Macam rumah pokok , kayu besar, ada macam akar panjang berupa tangga. Ada nampak juga macam titian/ jambatan kecik yang semuanya memang dari kayu tu semua.
Sekali lagi saya perlahan-lahan pandang ke depan, ada air terjun. Ada orang tinggi tengah buat macam silat atau pergerakan senaman yang saya pun tak faham apa dia buat. Ada juga yang tengah duduk bersila , tepi batu berdekatan air terjun tu. Ada 3-4 kelibat dan semuanya tinggi belaka, kurus. tegap. Dan lagi dua orang adalah kelibat perempuan. Dorang tengah macam main air,percik air gitu. Masatu ustaz perasan saya sorang buka mata. Dia pergi dekat saya, dan baca ayat qursi, pandang saya. Dan tanya "Masih nampak lagi ke?"
Terkejut saya. Ustaz seakan tahu yang saya nampak dah apa yang ada kat kawasan tu. Saya pun kata ya. Saya sendiri tak faham kenapa. Ustaz suruh saya bangun , dan tunjuk mana rumah "bunian" yang saya nampak. Saya tunjuk atas sana, ada 3 rumah saya nampak atas pokok tu. Dan ustaz hanya angguk dan kata ustaz pun nampak benda yang sama. Lepas 5-10 minit macamtu, fasi lepaskan sorang demi sorang pergi ke pagar untuk keluar dari hutan tu ikut laluan jalan . Dan saya orang pertama dilepaskan. bukan jalan berdua or berteman. Tapi sorang . Still ada beberapa fasi yang ada di setiap checkpoint berbeza untuk pastikan kami selamat.
Jadi saya pun baca ayat kursi dulu dan teruskan perjalanan. Semuanya okay sampailah dekat nak sampai jalan keluar tu, ada macam something yang berkilau kena kat mata saya, macam orang main cermin dengan cahaya tu. Argh. Saya rasa nak marah masatu, yelah gelap. Saya ingatkan fasi yang usik. Sekali, bukan fasi. Saya terkejut giler, "dia" sangat dekat dengan saya, sebelah saja. Bertudung labuh putih, bau pandan. Tapi tak tunjuk muka, hanya tunduk muka, dan saya nampak macam rupa lonjong. Dia bagi salam. Saya hanya jawab dalam hati, maklumlah takut sangat kot. Dia tak buka mulut, tapi ada suara. Dia tanya saya, "tak mahu solat di sini kah ", saya pandang arah dia tunjuk.
Bila masa pula ada masjid yang cantik tu? masa awal-awal masuk tak nampak apapun. Tapi saya memang nampak rupa masjid kat situ, warna putih berkilau. Susah nak jelaskan. Seram sejuk dibuatnya. Saya pandang dia dengan menggigil, baca ayat kursi. Lepastu dengar orang berzikir, bunyi burung pun macam bunyi "Laillahaillallah" , "Allah".
Dah keluar dari hutan tu. saya terduduk kat tempat berkumpul dan memeluk diri. Lap peluh. Menggigil dan cuba tenangkan diri sendiri. Lepas semua dah sampai kat tempat berkumpul, saya banyak diamkan diri. Dan "dia" muncul kat khemah, jari jemari panjang tapi cantik. Jenuh nak lenakan diri masa tu. Tapi saya dapat tidur dalam sejam lebih. Dan bila dah siang, saya diam jer macam nampak hantu seram tapi bukan rupa seram. Sama macam manusia cuma tak tunjuk sepenuhnya rupa dia.Sebelum nak balik pun, "dia" dan beberapa kelibat muncul kat celah2 pokok.
Pesan saya, bila korang ada dalam hutan. Jaga kata-kata dan tingkah laku. Jangan mengeluh apa-apa melainkan berzikir pada Allah. Masa dalam hutan tu, saya bau wangi sangat macam bukan dalam hutan. Dan dengar segala benda dalam hutan tu seolah berzikir, ada juga nampak macam pokok bergerak macam tunduk. Saya rasa mata saya tak betul dan anggap mungkin penat ke apa nampak sepelik tu. Pelikla kenapa pokok tu gerak macam manusia macam nak tunduk. Slow sangat pergerakannya.
Apa saya belajar, saya rasa macam hina, lemahnya diri ni sebab alam yang ada pun berzikir tak henti pada Allah, apatah lagi saya, manusia mudah lupa ni. Banyak pengajaran, hikmah saya dapat sebaliknya saya jadikan sebagai peringatan untuk diri sendiri. Segala makhluk yang ada kat dunia ni kena hormat, terima dan jangan hina. Yang berbisa, bahaya tu kita kena hati-hati lah.
Jaga diri baik-baik ya kawan. :)
#DeeKongsi

Comments
Post a Comment